-
Kenyataan Kerja
Pengendali dan Pentadbir
Sabah.Net akan menyediakan akaun dailan yang dikenakan bayaran (jika ada) kepada
pengguna-pengguna melalui rangkaian Sabah.Net. Akaun dailan ini membenarkan pengguna
untuk menggunakan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan tambahan Sabah.Net, tertakluk
kepada syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
-
Perjanjian Perkhidmatan
Keahlian Sabah.Net mestilah dibuat melalui Borang Permohonan Dailan Sabah.Net yang
telah ditetapkan atau melalui perkhidmatan pendaftaran Sabah.Net secara talian terus
(on-line).
Pemohon mesti menandatangani dan mematuhi syarat-syarat Sabah.Net yang telah ditetapkan
dari semasa ke semasa.
-
Keahlian
Terdapat lima (5) kategori Keahlian Sabah.Net buat masa ini:
- Pelajar
- Peribadi
- Organisasi Sukarela (NGO)
- Insititusi Pendidikan
- Komersil / Korporat
Rakyat Malaysia yang menetap di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan layak untuk
menjadi pelanggan Sabah.Net di bawah kategori Peribadi.
Rakyat Malaysia yang menetap di Sabah yang di bawah umur 25 tahun, yang tidak bekerja
dan adalah pelajar sepenuh-masa layak menjadi ahli di bawah kategori Pelajar. Pentadbir
dan Operator Sabah.Net berhak untuk meminta pengesahan pelajar pada bila-bila masa.
Organisasi yang berdaftar layak untuk menjadi ahli Sabah.Net (termasuk organisasi
luar negeri yang mempunyai cawangan di Sabah). Organisasi berkenaan mesti mengemukakan
salinan Sijil Pendaftaran (yang telah disahkan) bersama-sama Borang Permohonan Sabah.Net.
Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebarang alasan.
Setiap pemohon, tanpa mengira kategori keahlian, adalah layak untuk memohon satu
akaun Sabah.Net sahaja.
-
Kad Pengenalan (KP)
Salinan KP diperlukan bagi setiap permohonan yang dibuat. Kegagalan untuk menghantar
salinan ini boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Sila merujuk kepada Prosedur
Permohonan untuk maklumat lanjut.
-
Permulaan Perkhidmatan
Perkhidmatan-perkhidmatan akan bermula dan perjanjian ini akan berkuatkuasa sebaik
sahaja permohonan diluluskan oleh Pentadbir dan Operator Sabah.Net.
-
Bayaran (jika berkenaan)
Bayaran perkhidmatan mestilah dibayar mengikut syarat di dalam borang permohonan.
Bayaran ini tidak termasuk yuran telekomunikasi yang dikenakan oleh Telekom Malaysia
sebanyak 3 sen seminit.
-
Tanggungjawab Pengguna
Setiap akaun Ahli Peribadi dan Pelajar adalah untuk kegunaan Ahli dan tidak boleh
dipindah milik.
Setiap akaun organisasi tidak dihadkan jumlah penggunanya dalam sesebuah organisasi.
Seseorang Ahli dilarang memberi perkhidmatan Internet dan Intranet dengan menggunakan
rangkaian Sabah.Net kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada Pentadbir
dan Operator Sabah.Net.
Seseorang Ahli dilarang menggunakan jaringan Sabah.Net untuk mengedarkan iklan perdagangan
yang tidak dibenarkan.
Ahli tidak boleh menghantar lebih daripada 2Mb data pada sesuata masa, untuk mengelakkan
daripada kesesakan rangkaian dan kegagalan menghantar data.
-
Tatasusila Pengguna
Seseorang Ahli dilarang menghantar virus melalui Sabah.Net.
Seseorang Ahli dilarang menggunakan rangkaian Sabah.Net untuk menjalankan aktitviti-aktiviti
yang tidak dibenarkan di bawah Undang-Undang Malaysia.
Seseorang Ahli dilarang membuat capaian ke mana-mana alat atau kelengkapan yang
berhubung ke rangkaian Sabah.Net tanpa kebenaran. Sebarang capaian yang tidak disengajakan
hendaklah dibatalkan serta merta dan dilaporkan kepada pemilik alatan atau kelengkapan
berkenaan atau kepada Pentadbir dan Operator Sabah.Net.
-
Kerahsiaan dan Keselamatan
Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak menjamin daya pemprosesan penghantaran dari
hujung-ke-hujung bagi setiap sambungan melalui jaringan Sabah.Net.
Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk memeriksa sistem log perakaunan dan
lain-lain rekod untuk menyelesaikan masalah-masalah sistem.
Bagi tujuan keselamatan, setiap Ahli dinasihatkan untuk menukarkan kata laluan dari
masa ke semasa.
Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesan yang
timbul akibat dari menggunakan Sabah.Net secara langsung atau tidak langsung.
Sabah.Net akan berusaha dengan sedaya upaya untuk melindungi segala maklumat dalam
rangkaian Sabah.Net dari sebarang capaian yang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun,
Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak menjaminkan kerahsiaan maklumat. Ahli-ahli
hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi maklumat mereka sendiri.
-
Sokongan
Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak memberi sebarang sokongan ke atas perisian
yang mudah didapati oleh orang awam yang dipapar dalam jaringan Sabah.Net. Pentadbir
dan Operator Sabah.Net juga tidak akan menjamin bahawa perisian tersebut adalah
bebas dari kesilapan atau virus. Pentadbir dan Operator Sabah.Net TIDAK bertanggungjawab
ke atas sebarang kesan, akibat dari menggunakan perisian tersebut secara langsung
atau tidak langsung.
Operator Sabah.Net akan memberi mel elektronik, telefon dan faks bagi laporan kerosakan
hanya pada waktu pejabat.
-
Penamatan
Anda boleh menamatkan penggunaan Perkhidmatan anda dengan memberi notis penamatan
tidak kurang daripada 7 hari waktu kerja.
Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk menamatkan keahlian seseorang Ahli
yang melanggar syarat-syarat keahlian.
-
Penafian
Pentadbir dan Operator Sabah.Net tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan maklumat
yang disebabkan oleh sebarang gangguan, penangguhan, atau penamatan perkhidmatan
atau ke atas ketepatan isi kandungan atau kualiti maklumat yang disediakan, diterima
atau dihantar melalui perkhidmatan ini.
-
Pengubahsuaian Syarat-syarat Keahlian
Pentadbir dan Operator Sabah.Net berhak untuk membuat sebarang pertukaran atas syarat-syarat
keahlian pada bila-bila masa.
Syarat-syarat Keahlian adalah tertakluk kepada pengubahsuaian oleh Pentadbir dan
Operator Sabah.Net dari masa ke semasa bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan.